Sabtu, 20 Juli 2013

Bila hati dirundum kesedihan

Assalamualaikum kaum Adam dan kaum Hawa sekalian



Bila hati dirundum kesedihan
Bila hati jadi sepi
Bila hati dilanda kesakitan

Semuanya tidak kena
Semuanya jadi kacau-bilau
Semuanya jadi seperti yang tidak diinginkan

Tapi 
Tak pula kita fikir
Tak pula kita ingat
Tak pula kita memohon 

Jalannya
Berdoa kepada Allah
Berdoa meminta pertolongan
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar

Bila hati terasa sedih
Cubalah tersenyum
Senyuman yang manis diberikan
Senyuman yang tiada tandingannya
Senyuman yang paling ikhlas

Biarlah
Biarlah semuanya berlalu dengan cepat
Biarlah hanya dengan senyuman mampu menenangkan hati itu
Biarlah kaum lain memandang kita tanpa menyedarinya

Kerana
Kerana Allah sentiasa di sisi kita
Kerana Allah menyayangi kita
Kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat
Juga Kerana Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sesungguhnya
Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar
Allah sentiasa di sisi orang-orang yang sentiasa ingatkan Dia

Walaupun
Walaupun sukar
Walaupun perit
Walaupun hambar

Namun
Kita harus cuba
Kita harus lakukannya
Kita harus hilangkan kesedihan itu

(Aku tahu walaupun kesedihan itu hanyalah sedikit
Aku tetap dapat merasakannya.
Namun aku cuba dan terus mencuba 
agar semuanya mampu aku tangani dengan baik dan dengan hati yang tenang.
InsyaAllah)

*Tak dpat dinafikan kesedihan itu bukanlah perkara yg mudah untuk dilupakn bukan?*

Tidak ada komentar:

Posting Komentar